MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN MELIBATKAN KERJASAMA PINTAR BERSAMA INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN (ILP) KEPALA BATAS
- Diterbitkan: Khamis, 28 November 2019 23:30
- Jumlah paparan: 174
28 NOVEMBER 2019 - Dato' Mahfuz Bin Omar, Timbalan Menteri Sumber Manusia hari ini hadir menyaksikan Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman melibatkan sebelas (11) syarikat yang akan menjalinkan usahasama serta kerjasama pintar bersama Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kepala Batas. Di antara objektif diadakan kerjasama ini adalah bagi memperkukuhkan jaringan dengan industri seterusnya mendokong ke arah strategi 4 iaitu memastikan pekerjaan dan kebolehkerjaan dalam Pelan Strategik JTM 2016-2020.
Persetujuan memeterai kolaborasi ini adalah hasil kerjasama strategik yang bakal memberikan impak keuntungan jangka masa panjang terutama dalam menangani masalah pasaran pekerja mahir di industri.