30 Julai 2018 : Para graduan Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) disaran untuk sentiasa meneroka kemahiran dan ilmu baharu yang relevan dengan Revolusi Industri 4.0. (IR4.0). Saranan ini dibuat oleh Menteri Sumber Manusia, YB M. Kulasegaran pada majlis Konvokesyen ILJTM Kementerian Sumber Manusia Ke-23 2018 yang bertemakan ‘TVET ke arah Kecemerlangan Negara’ di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Menurutu beliau lagi, perkara ini penting agar para graduan dapat bergerak seiiring dengan transformasi digital seperti teknologi robotik supaya kekal relavan dengan keperluan industri. Beliau berpesan agar graduan yang masih muda ini,  perlu memperbaiki kemahiran komunikasi dan meningkatkan produktiviti diri supaya mendapat tempat di dalam pasaran kerja, termasuk meningktkan kemahiran penguasaan Bahasa Inggeris.

Seramai 7,323 graduan ILJTM menamatkan pengajian pada tahun ini, termasuk 1,283 graduan dari ILJTM Sabah dan Sarawak.

 

14 Julai 2018 : Program Kaunter Khidmat Rakyat diteruskan dan kali ini diadakan di Pasar Besar Ipoh, Perak. Menteri Sumber Manusia, YB M Kulasegaran berkata, sejak dijalankan program kaunter Khidmat Rakyat beberapa minggu lalu, pihaknya mendapatkan pelbagai maklum balas mengalakkan daripada orang ramai. Malahan terdapat permintaan untuk diadakan di kawasan-kawasan lain.

Kata YB M Kulasegaran, pelbagai maklum balas diterima dan dan kesemua cadangan penambahabaikan ini akan dikaji untuk memastikan perkhidmatan ini dapat diteruskan, sambil turut mengalu-alukan agensi lain untuk turut serta pada masa akan datang.

Untuk keselesaan orang ramai, perbincangan dengan Datuk Bandar Ipoh akan dibuat bagi menempatkan satu kaunter Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) bersama-sama dengan kaunter sedia ada. Tiga agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia iaitu Perkeso, Jabatan Tenaga Kerja dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan membuka kaunter masing-masing pada program tersebut.

17 Julai 2018 : Satu Sesi Jalinan Mesra YB Timbalan Menteri Bersama Media Putrajaya telah diadakan di Cyberjaya. YB Datuk Mahfuz Omar dalam ucapannya mengesa agar pihak media membuang rasa ketakutan kepada orang politik, mesti berani lapor apa yang dirasakan tidak betul dilakukan orang politik.

Ujarnya lagi, media harus mempunyai kebebasan sendiri selaras dengan konsep pemisahan kuasa antara legislatif, eksekutif dan kehakiman yang diamalkan di negara ini, selain menganggap media adalah elemen keempat kepada konsep pemisahan kuasa itu yang turut memainkan peranan bagi memastikan pengurusan kerajaan berjalan dengan betul.

Namun katanya lagi, media harus melaporkan berita dengan tepat dan betul, selain pemimpin kerajaan dan ahli politik itu sendiri yang perlu memastikan setiap maklumat yang disampaikan kepada media adalah tepat supaya persepsi masyarakat terhadap kerajaan tidak negatif.

Hadir sama, Setiausaha Bahagian Pembangunan, Kewangan dan Sumber Manusia Kementerian, Dato’ Md Ziki bin Abd Rahman, Pengerusi Kelab Media Putrajaya, Norliza Abd Rahman serta Ketua Komunikasi Koperat Kementerian, Encik Izzad Zalman bin Abdul Kader.

10 Julai 2018 : Timbalan Menteri Sumber Manusia, YB Dato’ Hj Mahfuz Omar telah merasmikan Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2018 di Pusat Latihan Perodua, Rawang.

Dalam ucapan perasmiannya, YB Dato’ Hj Mahfuz Omar berkata, majikan dan pekerja perlu bekerjasama dalam mengenal pasti bahaya di tempat kerja dengan melakukan analisis dan kawalan risiko yang berkesan. Katanya lagi, kerajaan melalui Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ( JKKP ) sentiasa berusaha dalam meningkatkan penguatkuasaan dan pemantauan di tempat kerja.

Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan merupakan acara tahunan yang disambut setiap tahun pada minggu kedua bulan Julai. Menerusi sambutan ini pelbagai aktiviti / program yang dijalankan untuk meningkatkan kesedaran dan tahap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Ia diadakan oleh kerjasama Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MNKKP) dengan JKKP, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH).

TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!