PERTANDINGAN ANUGERAH PLWS 2019 PIALA MENTERI SUMBER MANUSIA

Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia, Kementerian Sumber Manusia akan menganjurkan program Hari Anugerah PLWS 2019 pada 8-10 Oktober 2019. Pengisian utama program Hari Anugerah PLWS 2019 adalah Pertandingan Anugerah PLWS Piala Menteri Sumber Manusia yang terdiri daripada syarikat-syarikat Industri Besar. 

Penyertaan Pertandingan Hari Anugerah PLWS 2019 dibuka kepada syarikat-syarikat Industri Besar bertujuan untuk dijadikan role model kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam mengaplikasikan model PLWS yang lebih sistematik dan berdaya saing, serta sebagai platform untuk berkongsi amalan-amalan terbaik (best practices) dalam pelaksanaan PLWS.

Bagi menyertai pertandingan ini, sila muat turun BORANG PENYERTAAN SYARIKAT BESAR pada pautan di bawah dan kembalikan kepada urusetia yang tertera pada pada borang berkenaan selewat-lewatnya sebelum 30 OGOS 2019.

 

Borang Penyertaan : Borang Penyertaan Syarikat Besar

 

TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!