Privacy Policy | Security Policy | Copyright Notice | Disclaimer

 

Penutup Pertandingan Worldskills Malaysia Sarawak 2017

Majlis Penutup Pertandingan WorldSkills Malaysia Sarawak 2017 telah disempurnakan oleh YAB Datuk Patinggi Dr Abang Hj Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Hj Openg, Ketua Menteri Sarawak pada 29 Oktober 2017 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) . Pertandingan tersebut merupakan program anjuran Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Sarawak bersama Kementerian Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak, melibatkan 11 bidang kemahiran yang pertandingkan sejak pertengahan Ogos lalu.

Zacchaeus Labang Anak Unyuk dari IKBN Miri bagi Kategori Teknologi Automatif telah memenangi Anugerah Tangan Emas Ketua Menteri Sarawak yang membawa pulang Piala, Sijil dan Wang Tunai RM5,0000. Ia merupakan anugerah kepada best of the best di kalangan pemenang 11 kategori. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan peserta pertandingan.

Sementara itu, Ketua Menteri Sarawak dalam ucapan perasmiannya berharap agar objektif pertandingan bagi memberikan kesedaran akan kepentingan kemahiran serta keperluan meningkatkannya dari semasa ke semasa, tercapai. Turut hadir ialah Menteri Sumber Manusia, YB Datuk Seri Richard Riot , Timbalan Menteri Sumber Manusia, YB Dato' Sri Hj Ismail Bin Hj Abd. Muttalib KSU, TKSU, para Exco Kerajaan Negeri dan Pegawai Kanan Kementerian Sumber Manusia..

TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!